Donovan Tidak Akan Kembali Perkuat Everton

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Amerika Syarikat (AS, Landon Donovan (gambar) mengesahkan dia tidak akan kembali ke Everton secara pinjaman musim ini.

Donovan yang juga penjaring terbanyak bagi AS sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Everton tetapi dia mahu memanfaatkan cuti kempen Major League Soccer untuk berehat.

"Saya menghargai sokongan peminat ketika saya bersama Everton musim lalu. Namun lebih penting bagi saya untuk berehat dan memulihkan tahap kecergasan pada waktu ini.

"Saya tidak pernah memikirkan untuk menyertai kelab lain secara pinjaman. Saya percaya keputusan ini akan membantu saya berada pada tahap maksimum pada musim baru," katanya.

Donovan pernah menghabiskan cuti musim sejuk bersama Bayern Munich dan selepas menyertai Everton dia disenaraikan dalam skuad AS untuk perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan.

"Donovan akan meneruskan cuti musim sejuk dan akan membuat persediaan untuk perlawanan peringkat domestik dan antarabangsa bagi tahun 2011.

"Kami mahu Donovan menyertai Galaxy pada permulaan latihan pra musim bulan depan dan memulakan kempen MLS 2011," kata ketua jurulatih Galaxy, Bruce Arena.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan