Tiket Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 Dijual Khamis

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiket untuk perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia, Ahad ini akan mula dijual di kaunter kuning Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Khamis.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata tiket berharga RM50 (berbumbung), RM30 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun) akan dijual bermula Khamis hingga Sabtu ini dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Katanya sebanyak 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 keping tiket berharga RM50 diperuntukkan untuk penyokong negara.

"Kita turut memperuntukkan sebanyak 15,000 tiket berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 untuk dijual kepada penyokong bola sepak Indonesia yang bekerja di negara ini.

"Bagaimanapun kita masih belum menetapkan penjualan tiket untuk peminat Indonesia ini kerana kita dimaklumkan bahawa Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dijadualkan akan berjumpa dengan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia pada hari Rabu untuk berbincang mengenai penjualan tiket di Kedutaan Indonesia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan Setiausaha Agung PSSI, Nugraha Besoes di Wisma FAM, Selasa.

Azzuddin berkata jika Kedutaan Indonesia tidak bersetuju, maka penjualan tiket tersebut akan dibawa ke kaunter biru Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari penjualan yang sama.

"Jika kaunter dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil, warga Indonesia perlu menunjukkan pasport mereka untuk membeli tiket untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan," katanya.

Perlawanan akhir kedua timbal balik ini akan berlangsung di Jakarta pada 29 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan