Tevez Tarik Balik Keputusan Tinggalkan City

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester City, Carlos Tevez (gambar) akhirnya mengambil keputusan untuk terus memperkuat kelab itu seminggu selepas dia mengemukakan permintaan perpindahan bertulis.

Sejurus selepas pengumuman itu, Tevez mengetuai City ketika menentang Everton di Eastlands tetapi gagal memanfaatkan peluang berharga untuk menduduki tangga teratas liga.

Dia bergelut untuk memberikan impak terbaik ketika City menanggung kekalahan 1-2 ke atas Everton sekali gus mengisi tangga ketiga.

Selepas gagal merampas kedudukan teratas, mereka tewas kepada Manchester United dalam saingan Piala Liga pada saat akhir musim lalu.

Bekas penyerang Red Devils itu nyaris membuka jaringan pada saat akhir tetapi rembatan kencangnya berjaya ditepis penjaga gol, Tim Howard.

Pengurus City, Roberto Mancini memberitahu Sky Sports bahawa dia amat berbangga dengan keputusan Tevez untuk kekal bersama kelab itu.

"Saya yakin perkara itu sudah diselesaikan dan kami sangat gembira. Ia berita baik untuk peminat City," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan