Siaran Langsung Perlawanan Akhir Malaysia-Indonesia Di TV1 - Bola Sepak | mStar

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Malaysia-Indonesia Di TV1

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perlawanan dijangka bermula pada 8 malam.

"Ya, kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha menayangkan siaran langsung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di sini, Selasa.

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung hanya 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak.

Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan