Lagenda EPL Meriahkan Kejohanan Bolasepak Street Soccer

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DUA lagenda bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Ian Rush dan Robbie Fowler dijangka memeriahkan Kejohanan Bolasepak Jalanan (Street Soccer) – The King Of Street, yang dijadual berlangsung tanpa henti selama 3 hari, pada 4 hingga 6 Mac depan di Dataran Putrajaya.

Penganjur, Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (YOUTH), melihat usaha ini sebagai platform terbaik promosi besar-besaran kejohanan julung kali itu, yang mensasarkan penyertaan lebih 5,000 pasukan.

“YOUTH sudahpun berinteraksi bersama Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) Malaysia, dan maklumbalas kami terima sehingga kini, Fowler (Robbie) antara pemain yang diberitakan mungkin hadir, selain beberapa pemain lagenda lain yang kami yakin dapat menambah tarikan terhadap pertandingan ini, " kata Yang DiPertua YOUTH, Mohd Irwan Rizal, Selasa.

Ian Rush dan Robbie Fowler adalah dua nama besar di EPL suatu ketika dahulu, yang mana kedua-duanya pernah beraksi bersama kelab gergasi EPL, Liverpool.

Kedua-dua mereka beraksi selaku penyerang, dengan Rush mengakhiri kariernya selaku pemain bersama Sydney Olimpic pada 2000, selepas tampil dengan rekod gah 229 gol daripada 469 penampilannya bersama Liverpool.

Manakala Fowler pula, ketika ini masih beraksi di Perth Glory, dan kemuncak kariernya adalah ketika menyarung jersi Liverpool. Dia menjaringkan 128 gol dalam 266 penampilannya bersama The Reds, selain 7 gol dalam 26 penampilannya bersama skuad kebangsaan England.

Kejohanan King Of The Street yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011 ini diubah ke bulan Mac 2011, sempena dengan perasmian ‘Y Sentral’ iaitu pusat membeli-belah berkonsepkan generasi muda sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Bawah 18 Tahun (B-18) dan Bawah 12 Tahun (B-12) Lelaki, dalam apa yang disifatkan penganjur sebagai kejohanan paling lama dan terbesar, serta yang pertama seumpamanya pernah dianjurkan di tanah air, sekaligus mengintai ruang untuk dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records.

Selain pasukan tempatan, kejohanan ini turut dibuka kepada pasukan dari luar negara, dengan YOUTH akan menghantar jemputan melalui duta Malaysia di negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan juga negara Asia Barat, dalam usaha memastikan sasaran mengumpul lebih 20,000 belia dalam satu masa dan tempat di Dataran Putrajaya dapat direalisasikan.

Kejohanan yang mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Putrajaya ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 kepada semua pemenang dalam empat kategori itu.

Juara bagi kategori Terbuka Lelaki akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, naib juara, RM15,000 dan ketiga RM7,000 bersama trofi dan medal.

Bagi kategori Lelaki B-18 pula, juara bakal meraih RM10,000. kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000. Kategori Wanita pula akan membawa balik hadiah bernilai RM8,000 manakala juara bagi B- 12 tahun bakal meraih RM4,000.

Selain terbuka kepada semua, Kelab Selebriti Youth juga turut menyediakan lima pasukan yang terdiri daripada 20 selebriti tempatan yang akan turut menceriakan kejohanan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi Sulaiman di talian 016-9122519 atau Salhi (016-9122452) atau layari laman Facebook “The King of Street”.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan