Eto'o Pemain Terbaik Benua Afrika 2010 - Bola Sepak | mStar

Eto'o Pemain Terbaik Benua Afrika 2010

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Cameroon dan Inter Milan, Samuel Eto'o (gambar) mencipta nama dalam lipatan sejarah bola sepak benua Afrika apabila dicalonkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan buat kali keempat.

Anugerah 2010 hadir lima tahun selepas kejayaan terakhirnya sekali gus menambah rekod jaringannya dalam final Piala Benua-Benua Afrika.

Kapten Cameroon itu menewaskan Didier Drogba dari Ivory Coast dan pemain Ghana, Asamoah Gyan dalam senarai undian anugerah tertinggi bagi kategori individu.

Anugerah itu disampaikan pada malam gala Konfederasi Bola Sepak Afrika di Kaherah.

"Saya berasa bangga kerana muncul juara semula buat kali keempat. Tidak dinafikan benua Afrika kini memiliki ramai pemain terbaik dan berbakat. Mungkin ini peluang terakhir untuk saya," katanya.

Eto'o pernah dinobatkan Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik pada 2003 hingga 2005 dan empat anugerah terdahulunya mengatasi pencapaian Abedi Pele pada awal 1990-an.

Jaringan pemain berusia 29 tahun itu pada musim lalu membantu Inter menjulang tiga trofi termasuk Liga Juara-Juara Eropah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan