Dua Pemain Negara Dijangka Pulih Sebelum Perlawanan Akhir Pertama Bermula

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang cedera terpaksa direhatkan dari latihan tetapi dijangka pulih menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dengan Indonesia Ahad ini.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata kedua-dua pemain posisi tengah mengalami kecederaan lutut ketika menentang Vietnam di separuh akhir.

"Amirulhadi mendapat kecederaannya pada pertemuan separuh akhir pertama di Bukit Jalil manakala Mohd Khyril Muhymeen pula di Hanoi," katanya selepas sesi latihan skuad bola sepak negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) petang Selasa.

Beliau berkata mereka berdua direhatkan sementara waktu dan tidak menyertai barisan pemain lain tetapi menjalani latihan larian untuk sesi pemulihan.

"Saya akan melihat keadaan mereka berdua esok bagi menilai kecederaan sebelum meletakkan mereka dalam kesebelasan utama dalam pasukan kebangsaan Ahad ini," katanya.

Malaysia layak ke perlawanan akhir timbal balik ini selepas menumpaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Rajagobal berkata pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Felda United di Padang Wisma FAM pada pukul lapan malam Rabu sebagai persediaan untuk perlawanan akhir itu.

"Saya mahu melihat prestasi mereka sebelum membuat keputusan dan saya memberi peluang kepada pemain simpanan beraksi menunjukkan kehebatan mereka.

"Saya juga mahu anak buah saya menunjukkan corak permainan yang konsisten pada perlawanan akhir pertama nanti kerana kita telah melangkah jauh dan harus ambil kesempatan ini untuk menunjukkan kemampuan negara," katanya.

Rajagobal berkata walaupun skuad di bawah bimbingannya dianggap 'underdog' dan rata-rata di kalangan pemain muda, namun persembahan mereka kali ini nyata membanggakannya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan