Shearer Tak Minat Kendali Rovers

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shearer tidak berminat mengendalikan  pasukan Blackburn rovers.
Shearer tidak berminat mengendalikan pasukan Blackburn rovers.

ALAN Shearer menolak untuk memikul tugas sebagai pengurus di Blackburn Rovers selepas spekulasi timbul dia akan kembali ke bekas kelabnya itu.

Shearer yang telah membantu Rovers menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 1994/95 menjali pilihan untuk mengambil alih tugas di Ewood Park selepas Sam Allardyce dipecat oleh pemilik baru kelab itu, Isnin lalu.

“Simpan duit kamu. Saya memang maksudkan,” katanya selepas ditanya mengenai perkara ini.

Bekas penyerang England ini hanya mempunyai satu pengalaman bertugas sebagai pengurus selepas dia gagal mengendalikan pasukan Newcastle sehingga terkeluar daripada saingan EPL dua tahun lalu.

Shearer meletakkan jawatannya itu selepas pasukan terkeluar biarpun masih ada lagi baki lapan permainan.

Kini pasukan Rovers dikendali oleh pengurus sementara, Steve Kean dengan membawa pasukan itu seri 1-1 ketika menentang West Ham Sabtu, yang merupakan perlawanan pertama sejak Allardyce dipecat.

Selain itu juga, spekulasi turut timbul apabila kelab lebih berminat menawarkan kontrak jawtan itu kepada nama yang lebih besar seperti bekas pengurus Aston Villa, Martin O’Neill, Stuart Pearce, dan Martin Jol.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan