Rooney Sedia Lakukan Sepakan Penalti

Diterbitkan: Ahad, 19 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney tidak teragak-agak untuk menyempurnakan penalti sekiranya berlaku pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge, Ahad ini.

Rooney gagal melakukan sepakan penalti ketika pasukan menentang Arsenal Isnin lalu, namun penyerang England ini mahu menjadi pilihan sekira pasukannya menerima sepakan penalti nanti.

“Sudah tentu saya akan melakukannya jika ada peluang ketika menentang Chlesea nanti. Saya tiada masalah tentang itu dan tahu pemain kadang kala gagal melakukan sepakan penalti dengan baik. Saya harap lepas ini saya mampu melakukannya.

“Selain itu, sudah tentu juga sebagai pemain tengah, kamu juga ingin melakukan jaringan tetapi tugas pemain tengah adalah berbeza.

"Sesetengah adalah ditugaskan hanya untuk menjaringkan gol, mereka tidak terlibat dalam permainan. Saya mahu terlibat dalam permainan dan mahu merasakan saat itu, tetapi tetap mahu menjaringkan gol,” katanya.

Rooney berkata, kerjasama rapat antara dia dan Dimitar Berbatov ketika sesi latihan membuatkan corak permainan menjadi lebih pantas.

"Ia sangat berkesan ketika perlawanan menentang Blackburn sebelum ini, dan kami memang 7-1, tetai hanya menang 1-0 ketika menentang Arsenal, jadi kadang-kala kamu perlu perbaiki corak permainan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan