Vietnam Kempunan, Malaysia Layak Ke Final - Bola Sepak | mStar

Vietnam Kempunan, Malaysia Layak Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 18 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SKUAD bola sepak Malaysia, menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF apabila menang secara agregat 2-0 ke atas Vietnam pada perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi, Sabtu.

Malaysia kali terakhir layak ke final pada tahun 1996 menentang Thailand.

Setelah 14 tahun berlalu, skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit membuktikan semangat juang yang tinggi biarpun diserang bertubi-tubi oleh pasukan kendalian Henrique Calisto.

Pujian harus diberikan kepada benteng pertahanan Malaysia yang sukar ditembusi pasukan tuan rumah walaupun kerap melakukan serangan hingga ke kawasan penalti.

Sementara itu, penjaga gol muda negara, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan bahaya oleh pasukan juara 2008 itu.

Permainan tamat dengan keputusan tanpa jaringan sekali gus dua gol jaringan Safee Ali pada pusingan pertama di Bukit jalil Rabu lalu melayakkan skuad Malaysia ke final.

Malaysia bakal menanti pasukan Indonesia atau Thailand bagi aksi di final.

Pasukan Indonesia/Thailand bakal beraksi pada pusingan kedua separuh akhir di Jakarta Ahad.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan