Sime Darby FC Janjikan Saingan Sengit

Diterbitkan: Khamis, 16 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pemain-pemain Kelab Sime Darby pada saingan Liga Perdana musim 2011. Foto: The Star/LOW LAY PHON
Barisan pemain-pemain Kelab Sime Darby pada saingan Liga Perdana musim 2011. Foto: The Star/LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Juara Piala Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010, Kelab Bola Sepak Sime Darby (Sime Darby FC) bakal tampil dengan barisan pemain-pemain yang lebih berpengalaman bagi menghadapi musim Liga Perdana 2011.

Pasukan kendalian Ismail Zakaria yang beraksi tanpa kalah pada Piala Liga baru-baru ini kini cuba memenuhi impian musim kedua penubuhan kelab dengan cuba memberi saingan sekali gus untuk melayakkan beraksi dalam Liga Super musim 2012 nanti.

Presiden Sime Darby FC, Datuk Sri Mohamed Sulaiman menaruh keyakinan tinggi kepada pasukan musim baru nanti bagi menghadapi kempen Liga Perdana berdasarkan disiplin pemain sebelum ini dan latihan sistematik yang dirancangkan untuk pasukan ini.

“Semua pemain telah mengikuti program pasukan yang telah ditetapkan dan turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan dalam Liga Super termasuk pasukan Harimau Muda.

“Sasaran kita pada mula-mula penubuhan kelab ini pada 4 Mac 2010 telah tercapai untuk mara ke tahap peringkat seterusnya, dan tahun 2011 pula kita menetapkan misi untuk mara ke Liga Super dan dengan itu pasukan perlu menamatkan saingan dalam kelompok kedua teratas,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain-pemain Sime Darby FC, Rabu.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan, Ismail berkata, seramai sepuluh orang pemain baru yang dipanggil menyertai pasukan ini, manakala 14 pemain lama kekal.

Pemain-pemain baru ini terdiri daripada tiga bekas pemain kebangsaan (Kamarul Afiq Kamaruddin, Es Lizuan Zahid Amir, Mohd Nur dan Alif Zainal Abidin), Mohd Saiful (Tentera), Mohd Badrul Hisham Morris (T-Team), Zulhissyam Jamaluddin (Johor FC), Mohd Raimi Md Nor (Kuala Lumpur), Mohd Yusri Abbas (Perlis) dan Azrine Effendy Sa’duddin).

“Dengan kehadiran pemain-pemain baru ini, saya harapkan pasukan akan lebih mantap bagi saingan akan datang. Selain menjalani latihan, kami juga akan turut mengadakan perlawanan persahabatan termasuk pasukan dari Liga Super, Negeri Sembilan pada 21 Disember ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan