Tunjukkan Permainan Menarik, Jangan Takut : Rajagobal

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih bola sepak negara, K.Rajagobal menyifatkan perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF ini merupakan satu peluang terbaik untuk menunjukkan permainan menarik, lebih-lebih lagi pusingan pertama separuh akhir ini beraksi di tempat sendiri.

Biarpun sedar perlawanan ini agak sengit berdepan dengan pasukan juara bertahan, namun Rajagobal tetap positif dan menaruh harapan tinggi kepada anak buahnya untuk menunjukkan prestasi cemerlang.

"Saya telah berpesan kepada mereka, jangan takut kepada lawan. Hormat tetap hormat, namun inilah peluang terbaik kita. Saya tahu Vietnam adalah pasukan kuat, dan saya sebagai jurulatih tahu sejauh mana kemampuan mereka dan kami yang akan menyusun perlawanan ini.

"Sebahagian mereka yang datang ke sini dengan pengalaman yang banyak dan harapnya semua pemain kita boleh menghadapinya," katanya kepada media, Selasa.

Rajagobal berkata, setakat ini dia belum meletakkan siapa pemain utama yang akan bermain Rabu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya masih lagi berfikir siapa yang akan saya senaraikan, namun pada dasarnya tiada banyak perubahan yang berlaku. Gandingan pemain senior dan pemain baru seperti juga sebelum ini dan saya yakin mereka boleh menunjukkan permainan yang menarik kerana pasukan ini memiliki potensi tinggi untuk pergi lebih jauh.

"Di kem latihan sebelum ini menunjukkan suasana yang meriah dan mereka tidak tertekan dengan perlawanan ini. Saya turut memberitahu kepada mereka agar bermain dengan bijak, menyerang dan mendapatkan gol. Apabila hilang bola, mereka tahu untuk mendapatkannya kembali serta jangan bagi peluang kepada lawan," katanya.

Sementara itu, kekalahan besar kepada Indonesia pada saingan kumpulan sebelum ini disebabkan kesalahan individu bukannya pasukan.

"Adalah menjadi perkara biasa setiap pemain melakukan kesalahan dan perkara ini juga turut terjadi kepada pemain-pemain dunia lain. Saya telah mengkaji dan memberitahu kepada mereka apa yang silap, dan mereka bersetuju dengan pendapat saya itu," katanya.

Rajagobal juga menyeru kepada semua peminat-peminat bola sepak negara agar datang ke stadium memberi sokongan kepada pasukan negara.

"Dalam apa sahaja situasi, kita perlu sokong bola sepak kita," katanya.

Selain itu bagi jurulatih Vietnam, Henrique Calisto perlawanan menentang Malaysia ini adalah perlawanan ulangan dua tahun lalu yang menyaksikan pasukannya menang pada saingan separuh akhir.

"Sukar untuk menjangkakan kerana tiga pemain utama saya cedera, manakala seorang lagi mendapat kad merah. Bagaimana pun saya yakin sekiranya pasukan Malaysia bermain seperti ketika menentang Indonesia baru-baru ini, kami yang boleh menang.

"Namun sekiranya mereka menukar formasi perlawanan, saya tidak tahu. Mereka adalah pasukan bahaya walaupun saya telah menonton beberapa kali video klip perlawanan mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan