Speed Dilantik Pengurus Baru Wales

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Speed ketika bersama pasukan Newcastle United pada tahun 1999.
Aksi Speed ketika bersama pasukan Newcastle United pada tahun 1999.

BEKAS pemain tengah Newscastle United, Everton dan Bolton Wanderers, Gary Speed telah menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama Persatuan Bola Sepak Wales (FA Wales).

Speed,41, diberi kebenaran oleh Sheffield United untuk bercakap dengan FA Wales selepas dikenal pasti namanya menjadi pilihan mengemudi negara itu.

“Ia sesuatu yang sukar diteruskan apabila negara memanggil kamu. Saya adalah orang yang paling gembira apabila dilantik menjadi pengurus Wales.

“Saya juga berada sedih kerana terpaksa meninggalkan Sheffield United kerana di ia telah banyak memberi kerjaya yang komited namun ia tidak mampu ditolak apabila terpaksa kembali ke negara sendiri. Saya rasa keputusan ini adalah tepat untuk diri saya.

“Mereka juga telah memberi kerjasama yang baik dalam membantu saya membuat keputusan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Steffield United kerana telah memberi peluang kepada saya menjadi jurulatih,” katanya.

Sepanjang 14 tahun kerjayanya sebagai pemain, Speed telah mencatat 85 caps dan kini dia memerlukan formula lebih baik untuk mengendalikan pasukan barunya ini selepas persembahan buruk pada kempen pembukaan Euro 2012.

Wales berada dalam Kumpulan G dengan mengalami kekalahan dalam semua tiga perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan