Peluang Menang Di Depan Mata

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SKUAD bola sepak negara bakal menghadapi cabaran sengit menjelang perlawanan separuh akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam Rabu.

Peluang beraksi di tempat sendiri ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh anak buah K.Rajagobal sekiranya ingin membalas dendam kekalahan 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan pada kejohanan 2008.

Jika dilihat kepada rekod kemenangan, pastinya ia lebih berpihak kepada Vietnam yang juga merupakan juara pada tahun 2008 dengan mengalahkan Thailand.

Namun berdasarkan prestasi terkini skuad negara, keputusan boleh berubah. Ini kerana pada perlawanan pembukaan, skuad negara menghidangkan aksi yang hambar sehingga dibelasah Indonesia 1-5, namun selepas itu mereka bangkit memberi saingan sehingga berjaya mara ke pusingan separuh akhir ini.

Biarpun tanpa beberapa pemain utama yang terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan, skuad negara mampu beraksi dengan baik dan gabungan beberapa pemain lama dengan pemain muda berjaya menunjukkan mutu permainan yang lebih positif.

Tidak dinafikan, tindakan berani Rajagobal dalam menyenaraikan sebelas pemain utama memberi impak besar kepada keputusan perlawanan sehingga jurulatih Vietnam Henrique Calisto tidak boleh membuat ramalan awal perlawanan.

“Walaupun saya tahu corak permainan Malaysia, namun saya sukar menjangkakan keputusan sebenar, tambahan pula tiga tonggak utama saya mengalami kecederaan dan seorang diketepikan kerana mendapat kad merah sebelum ini.

“Sekiranya mereka bermain seperti menentang Indonesia baru-baru ini, saya yakin pasukan saya akan menang, namun hakikatnya ia telah berubah selepas itu. Mereka telah menggunakan formasi yang berbeza,” katanya ketika sidang media baru-baru ini.

Jika benar ungkapan Calisto yang mengatakan tiga tonggak utamanya tidak diturunkan, ia merupakan satu kelegaan kepada barisan pertahanan negara. Apa-apa mereka tidak boleh mudah menarik nafas lega kerana ia mungkin sekadar helah jurulatih kelahiran Portugal itu.

Apa-apa pada malam ini, semua barisan pemain negara pastinya sudah bersedia bukan sahaja fizikal, malah mental juga perlu kuat. Bermain di hadapan penonton sendiri bukan mudah, kerana mereka perlu sedar harapan menggunung untuk melihat skuad negara mara ke final membuak-buak, lebih-lebih lagi apabila sudah mara ke peringkat ini.

Sekiranya menang pada malam ini, sekurang-kurangnya mereka tidak terlalu tertekan untuk pusingan kedua separuh akhir di di Hanoi 18 Disember ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan