LTdL 2011: Pasukan Amerika Syarika Turut Beraksi

Diterbitkan: Rabu, 15 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) terus mendapat sentuhan pasukan dari Amerika Syarikat apabila UnitedHealthcare mengesahkan penyertaan pada perlumbaan edisi ke-16 bermula di Pulau Langkawi pada 23 Januari depan.

Pengesahan itu bermakna UnitedHealthcare bakal menampilkan bintang pecut Jerman, Robert Forster yang pernah menang perlumbaan peringkat di Giro d’Italia dan pengalaman berkayuh di Tour de France, meneruskan tradisi pernah dilakar beberapa pasukan seperti Shaklee, Saturn serta Mercury.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Mohamed Salleh menegaskan pasukan baru dari Amerika tersebut akan membuat penampilan sulung LTdL dengan membariskan pasukan berorientasi pelumba pecut.

“Saya percaya pasukan ini perlu diberi perhatian pada perlumbaan landai kerana berjaya menampilkan bintang pecut Jerman, Robert Forster yang dipikat dari pasukan Pro Tour, Milram.

“Biarpun sudah berusia 33 tahun apabila menyertai LTdL tahun depan, namun pencapaian pernah menang perlumbaan peringkat di Giro d’Italia dan berkayuh di Tour de France menyebabkan dia perlu diawasi,” katanya dalam satu kenyataan,Rabu.

Pengarah pasukan, Mike Tamayo pula menegaskan: “Le Tour de Langkawi adalah perlumbaan penting dari segi kualiti awal musim. Kami cukup teruja untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan edisi ke-16 tahun depan.

“Saya tahu penganjuran Le Tour de Langkawi bertaraf dunia dan sering berjalan lancar. Team UnitedHealthcare akan gunakan peluang tampil kali pertama dalam Le Tour de Langkawi 2011 dengan menunjukkan kayuhan bermutu.”

LTdL pernah menjadi sebutan di Amerika Syarikat apabila pelumba negara itu yang mewakili Shaklee dan Saturn mengutip kemenangan peringkat pada 1997 menerusi Eric Wohlberg, Frank McCormack serta Brian Walton.

Chris Horner pula memenangi gelaran individu keseluruhan bersama pasukan Mercury pada 2000 manakala Tom Danielson untuk Saturn pada 2003.

Tamayo berkata, pihaknya akan membawa sebuah pasukan yang pantas dalam pecutan diketuai Forster, Boy Van Poppel, Hilton Clarke dan Karl Menzies.

“Pakar mendaki kami untuk mengejar kedudukan individu keseluruhan ialah Chris Jones dan Max Jenkins. Dengan begitu banyak peluang pecutan terakhir di laluan landai, kami memilih barisan pelumba kali ini untuk cuba mengejar kemenangan peringkat," katanya.

LTdL 2011 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)dengan membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer di Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

SENARAI PELUMBA UNITEDHEALTHCARE :

Pelumba : Hilton Clarke (Aus), Robert Forster (Jerman), Max Jenkins (AS), Chris Jones (AS), Karl Menzies (Aus), Boy Van Poppel (Belanda).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan