Wenger Salahkan Padang Pasukannya Kalah

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengkritik padang di Stadium Old Trafford selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Selasa.

Wenger mengatakan padang itu tidak cukup sesuai untuk bermain bola sepak.

“Kedua belah pihak melihat kesilapan teknikal kerana padang tidak cukup baik kerana ia membuatkan bola lebih melantun dan licin.

"Kualiti teknikal pada perlawanan ini sederhana kerana padang sangat teruk pada pandangan saya menyebabkan permainan menjadi sukar.

“Jika saya tanya kamu padang itu elok atau tidak, apa jawapan kamu? ,” katanya selepas perlawanan pagi tadi.

Menurut Wenger, ia adalah satu kekecewaan namun apa yang lebih penting ialah pasukannya akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Keseluruhannya, apa yang saya lihat, tiada sebab kami tidak boleh memang dan kami kelihatan baik,” katanya.

Sementara itu, pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson terkejut dengan Wayne Rooney yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, namun berpuas hati dengan aksi pemain-pemainnya yang lain.

“Kami telah bermain sangat baik dan bagi sesetengah perlawanan kami ingin bangkit, dan kami telah melakukannya malam ini, lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.

“Manakala sepakan penalti yang dilakukan Rooney itu bukanlah seperti biasa yang dilakukan kerana sepakannya itu agak tinggi.

"Keadaan itu telah memberikan Arsenal keyakinan utnuk menyamakan kedudukan, namun benteng pertahan kami telah melakyukan tugas dengan baik," katanya.

Selain itu, Ferguson berkata, rekod Park menentang Arsenal sangat baik sekaliogus menjadi pemain pilihan perlawanan ini.

“Dia sangat fantastik, Namun agak malang kerana kami bakal kehilangannya pada Piala Asia dalam tujuh perlawanan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan