Malaysia Tewaskan Singapura Dalam Kejohanan Bola Sepak AUG

Diterbitkan: Selasa, 14 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHIANG MAI: Skuad bola sepak Malaysia menewaskan skuad Singapura 2-1 pada hari pertama kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) di padang Kolej Royal Prince di sini, Selasa.

Pada perlawanan pertama kumpulan itu, gol pertama Malaysia disumbangkan menerusi tandukan kapten pasukan Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-19 permainan.

Kealpaan barisan pertahanan negara bagaimanapun mengundang padah apabila penyerang Singapura Mohammad Khalid Raihan menerobos gawang Malaysia untuk mata penyamaan 1-1 pada minit ke-34.

Pada separuh masa kedua, Fahrul Razi atau lebih mesra dengan nama panggilan 'Sinchan' sekali lagi menjadi wira negara apabila menyumbat mata kemenangan pada minit ke-59 hasil tendangan lintang dari luar kotak penalti.

Skuad negara selepas itu membazirkan banyak peluang untuk menjaringkan gol setelah setiap cubaan gagal disempurnakan dengan baik.

Jurulatih Omar Ali berkata anak buahnya tidak dapat menunjukkan prestasi yang sebenar akibat keadaan padang yang tidak memuaskan.

"Apa pun kita menepati sasaran untuk menang dalam perlawanan pertama. Kita perlu mengumpul sebanyak mata dalam pusingan awal untuk membantu kita mara ke peringkat seterusnya," katanya selepas perlawanan itu.

Omar berkata beliau sukar untuk menjangkakan pencapaian skuad negara dalam kejohanan itu memandangkan pasukan-pasukan yang bertanding pada AUG kali ini mempunyai kekuatan seimbang, kecuali Thailand yang mempunyai kelebihan berikutan bertanding di tempat sendiri.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Singapura, Myanmar dan Laos manakala Thailand, Vietnam dan Brunei dalam Kumpulan A.

Dalam perlawanan Kumpulan B yang lain, Laos menewaskan Myanmar 2-1 manakala dalam perlawanan Kumpulan A, Thailand berpesta gol dengan menundukkan Vietnam 5-1.

Kejohanan yang disertai lebih 5,000 atlet dan pegawai dari 11 negara Asean itu akan bermula secara rasmi esok hingga 23 Disember ini.

Majlis pembukaannya akan diadakan di Universiti Maejo di sini.

Seramai 227 atlet negara akan bertanding dalam 15 daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak, olahraga, badminton, bola keranjang, bola tampar pantai, futsal, golf, karate-do, sepak takraw, renang, taekwondo, ping pong, tenpin boling, bola tampar dan pencak silat.

Chiang Mai merupakan venue pertama kejohanan pada 1980. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan