Holden Penyelamat Bolton - Bola Sepak | mStar

Holden Penyelamat Bolton

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STUART Holden menjadi wira Bolton Wanderers apabila menjaring gol kemenangan 2-1 menentang musuh terdekat, Blackburn Rovers dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Reebook, Ahad.

Jaringan Holden pada minit ke-88 selepas sepuluh saat pemain lawan, Meme Biram menyamakan kedudukan untuk Blackburn.

Manakala Fanrice Muamba menjaringkan gol awal pasukan Bolton selepas pemain tengah Mark Davies dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran kali kedua.

Ini merupakan kemenangan pertama Bolton di tempat sendiri dalam 11 perlawanan.

Sementara itu, satu lagi perlawanan menyaksikan Wolverhampton Wanderers menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City di Midlands dengan jaringan tunggal perlawanan dilakukan oleh Stephen Hunt.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan