Ganjaran RM5,000 Seorang Jika Menang Piala Suzuki AFF

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak negara akan mendapat ganjaran RM5,000 seorang jika berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ganjaran itu adalah sama dengan ganjaran yang diberi kepada pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009.

"Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana berjaya memasuki separuh akhir, tetapi kejayaan sebenar ialah apabila menjadi juara," katanya pada majlis makan malam meraikan pasukan bola sepak di sini malam tadi.

Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan separuh akhir kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini dan di tempat lawan pada 18 Dis. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan