Protes Pemain Serie A Dibatalkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pandev pernah dipaksa berlatih dengan pemain muda selepas memberitahu niatnya untuk berpindah ke kelab lain.
Pandev pernah dipaksa berlatih dengan pemain muda selepas memberitahu niatnya untuk berpindah ke kelab lain.

BANTAHAN pemain Serie A pada hujung minggu ini dibatalkan selepas persetujuan dicapai dengan persatuan bola sepak Itali berhubung kontrak kolektif terbaru.

"Protes telah dibatalkan," menurut kenyataan dalam kesatuan pemain bola sepak Itali.

Mesyuarat selama tujuh jam yang berlangsung pada Selasa di ibu pejabat persekutuan bola sepak Itali di Rome disusuli dengan perbincangan lanjut, Khamis dan persetujuan akhirnya dicapai.

Kesatuan itu bertelagah dengan Serie A berhubung kontrak kolektif terbaru yang menjamin hak asas pemain iaitu perancangan kelab untuk memaksa pemain yang tidak diperlukan berlatih jauh dari skuad utama atau menerima tawaran perpindahan.

Perjanjian pada Khamis menunjukkan semua pemain dengan kontrak skuad utama mesti dibenarkan berlatih bersama pasukan utama bagi mengelakkan diskriminasi.

Tiga kes pada musim ini dan satu lagi musim lalu menyebabkan isu itu menjadi perhatian utama.

Goran Pandev digugurkan dari Lazio musim lalu dan dipaksa berlatih bersama skuad muda selepas meminta kebenaran berpindah ke kelab lain.

Kes itu diheret ke mahkamah sebelum dia dibenarkan menyertai Inter Milan secara perpindahan percuma pada Januari.

Musim ini, gandingan bintang Itali, Antonio Cassano dan Federico Marchetti digantung oleh Sampdoria dan Cagliari selepas bercanggah pendapat dengan pemilik kelab itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan