Arsenal Tidak Ubah Seperti Pusat Latihan Bola Sepak: Evra

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATRICE Evra (gambar) mencetuskan api kemarahan menjelang pertemuan Manchester United dengan Arsenal di Old Trafford dengan menyifatkan skuad kendalian pengurus Arsene Wenger itu menyerupai sebuah pusat latihan yang ketandusan trofi kejuaraan dan berdepan krisis.

Arsenal mendahului kedudukan carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Fulham minggu lalu manakala perlawanan United dengan Blackpool terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca.

Meskipun gah di puncak liga, Evra yakin Wenger terlalu asyik dengan corak permainan menarik untuk menamatkan kemarau trofi selama lima tahun di Emirates.

"Bagi saya, Arsenal adalah sebuah pusat latihan bola sepak. Anda boleh menyakiskan perlawanan itu, berasa terhibur tetapi adakah anda akan merangkul gelaran juara?

"Sudah hampir lima tahun mereka tidak memenangi sebarang trofi dan bagi kelab besar seperti Arsenal ia tidak ubah seperti krisis besar," kata Evra.

Jika Arsenal mencatatkan kemenangan Isnin ini, The Gunners akan mendahului United dengan kelebihan empat mata sekaligus memastikan kedudukan teratas menjadi milik mereka pada minggu berikutnya.

Namun segalanya bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Chelsea dan Tottenham pada Ahad.

Begitupun, Evra tidak gusar dengan ancaman Arsenal sebaliknya menekankan keputusan terpenting minggu ini iaitu perlawanan di White Hart Lane.

"Musuh utama kami adalah Chelsea. Kami amat prihatin dengan keputusan Chelsea berbanding Arsenal. Walaupun Arsenal pasukan terhebat siapa yang mampu menundukkan Chelsea? Kami atau sesiapa saja?," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan