Kejohanan Street Soccer Bakal Cipta Sejarah

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Youth) bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) di Precint 4, Putrajaya pada 4 hingga 6 Mac tahun depan.

Kejohanan yang mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Perbadanan Putrajaya ini menyasarkan sebanyak 5,000 pasukan dan ia berlangsung selama 24 jam tanpa henti dalam masa tiga hari sekali gus bakal mencipta sejarah untuk dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records.

Yang Di-Pertua Youth, Mohd Irwan Rizal berkata, kejohanan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011 ini diubah ke bulan Mac 2011, sempena dengan perasmian 'Y Sentral' iaitu pusat membeli-belah berkonsepkan generasi muda sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

"Kejohanan ini dianggap paling lama dan terbesar yang bakal berlangsung dengan menyaksikan empat kategori akan dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Bawah 18 Tahun (B-18) dan Bawah 12 Tahun (B-12) Lelaki.

"Kami percaya dengan sasaran yang dibuat misi untuk dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records akan tercapai selain objektif utamanya untuk mengumpul semua belia negara dalam satu masa dan tempat, bersesuaian dengan konsep 1Malaysia," katanya kepada media, Khamis.

Mohd Irwan berkata, selain pasukan tempatan, kejohanan ini juga turut dibuka kepada pasukan-pasukan luar negara yang berminat beraksi bersama dan berkongsi pengalaman dalam sukan bola sepak jalanan ini.

"Setakat ini pasukan dari Indonesia, Thailand serta Singapura menunjukkan minat untuk menyertai kejohanan ini dan saya yakin beberapa buah negara lain akan mengesahkan kehadiran mereka," katanya.

Paling menarik, kejohanan ini juga turut menyediakan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 kepada semua pemenang dalam empat kategori itu.

Juara bagi kategori Terbuka Lelaki akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, naib juara, RM15,000 dan ketiga RM7,000 bersama trofi dan medal.

Bagi kategori Lelaki B- 18 tahun pula, pemenang pertama bakal meraih RM10,000. kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000. Kategori Wanita pula turut akan membawa balik hadiah bernilai RM8,000 manakala juara bagi B- 12 tahun bakal meraih RM4,000.

"Selain terbuka kepada semua, Kelab Selebriti Youth juga turut menyediakan lima pasukan yang terdiri daripada 20 selebriti tempatan yang akan turut menceriakan kejohanan ini.

"Manakala pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah bernilai RM10,000, persembahan artis tempatan, Battle Of The Band dan sebagai," kata Mohd Irwan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi Sulaiman di talian 016-9122519 atau Sahi (016-9122452) atau layari laman Facebook dengan menaip The King of Street.

Yuran penyertaan akan dikenakan kepada setiap pasukan iaitu RM100 bagi Terbuka Lelaki, RM80 (B- 18 tahun), RM50 (Terbuka Wanita) dan RM 30 bagi B- 12 tahun.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan