Chelsea Tewas Mengejut Kepada Marseille

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brandao (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.
Brandao (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

KEPULANGAN semula Didier Drogba ke Marseille tidak seperti diduga apabila Chelsea tewas mengejut 0-1 pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan F yang berlangsung di Stade Velodrome, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan sudahpun melayakkan diri ke peringkat kalah mati tetapi jaringan Brandao ketika perlawanan berbaki sembilan minit memberi tamparan hebat kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu.

Drogba disambut bak hero pada perlawanan pertama menentang bekas kelabnya tetapi penyerang itu seolah-olah kehilangan rentak dalam menambah koleksi gol sejak Oktober lalu.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menurunkan barisan terkuat tetapi gagal memecah kubu Marseille. Mereka menjadi pasukan kelima menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan rekod 100 peratus.

Ancelotti menginginkan persembahan bermutu daripada pemainnya sebelum bertemu Tottenham, Manchester United dan Arsenal tetapi sebaliknya berlaku.

Marseille tetap mempamerkan aksi bertenaga walaupun tanpa kelibat Andre-Pierre Gignac dan menurunkan penjaring terbanyak, Lucho Gonzalez dari bangku simpanan.

Brandao menyempurnakan hantaran rendah Loic Remy ke arah gawang Chelsea.

Chelsea nyaris membolosi kubu tuan rumah menerusi percubaan Michael Essien yang tersasar ke arah kanan penjaga gol Steve Mandanda manakala sepakan Drogba terkena palang.

BARISAN PEMAIN

MARSEILLE: Mandanda, Kabore, Diawara, Heinze, Taiwo, Valbuena, Abriel, N'Diaye, Cheyrou, Remy, Brandao. (Pemain gantian: Andrade, Cisse, Gonzalez, Jordan Ayew, Andre Ayew, Sabo

CHELSEA: Cech, Bosingwa, Ivanovic, Terry, Ferreira, Kalou, Essien, McEachran, Ramires, Malouda, Drogba. (Pemain gantian: Turnbull, Mikel, Sturridge, Van Aanholt, Bruma, Kakuta, Sala)

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan