Pemain Liga M'sia Boleh Digantung Jika Lompat Pasukan Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain bola sepak Liga Malaysia berhadapan risiko digantung satu musim perlawanan jika mereka bertindak melompat ke pasukan lain tanpa kebenaran persatuan yang mereka wakili sebelum itu.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu penting dijadikan sebagai peringatan kepada pemain kerana syarat tersebut termaktub dalam surat perjanjian dengan terma dan syarat yang wajib dipatuhi.

"Namun setakat ini FAM belum menerima sebarang bantahan kerana kita belum menerima pendaftaran pasukan negeri dan kelab-kelab yang tarikh tutup penyertaan dalam Liga Super dan Liga Premier ialah 15 Disember ini.

"Jika terjadi, kita akan siasat dahulu sama ada persatuan dan pemain mengikuti segala prosedur atau tidak," katanya pada sidang akhbar mengenai perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, di Wisma FAM di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perasaan tidak puas hati beberapa pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana selepas beberapa pemain yang masih mempunyai ikatan kontrak dengan mereka, meninggalkan persatuan tersebut untuk beralih arah mewakili pasukan lain musim depan.

Takiyuddin berkata, dalam kontrak pemain bola sepak tempatan yang dikeluarkan oleh FAM, pemain yang bermain dalam pasukan Liga Super atau Liga Premier masing-masing wajib menurunkan tandatangan mereka.

"Ini kerana salah satu peruntukkan kontrak untuk pemain adalah membenarkan pasukan negeri melanjutkan kontrak pemain," katanya.

Beliau yang juga ahli exco FAM berkata pasukan negeri dibenarkan mengeluarkan kontrak baru bermula tiga bulan dari tarikh tamat kontrak asal pemain dengan memberikan notis kepada pemain tersebut untuk melanjutkan tempoh kontrak permainannya.

"Persatuan juga perlu meletakkan tangga gaji dan elaun pemain dalam kontrak tersebut dan seandainya pemain bersetuju atau tidak, mereka perlu menurunkan tandatangan dalam surat tersebut dan kembalikan ia kepada persatuan dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan," katanya.

Takiyuddin menambah, jika pemain tidak membalas dalam tempoh tersebut, perjanjian itu akan terus berkuat kuasa, iaitu kontrak sedia ada bersambung.

"Dalam perjanjian ini telah dituliskan, jika dua bulan terakhir pihak pasukan tidak memberi kontrak baru itu kepada pemain, barulah mereka bebas untuk berunding dengan pasukan lain," katanya.

Mengenai kejohanan Piala Emas Raja-Raja, beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berkata perlawanan akhir antara Kelantan dengan Kedah akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Sabtu ini.

"Kelantan pada kali ini dipilih sebagai tuan rumah kerana Kedah menjadi hos perlawanan pada tahun lepas ketika menentang Perlis," katanya.

Beliau berkata, harga tiket ialah RM15 untuk dewasa, RM10 untuk remaja bawah 18 tahun dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Kita masih mengekalkan hadiah mengikut tahun lepas dengan johan akan membawa pulang sebanyak RM30,000 dan naib johan akan membawa pulang RM15,000," tambahnya lagi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan