West Brom Benam Newcastle 3-1

Diterbitkan: Isnin, 6 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tchoyi (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama West Brom ketika menentang Newcastle, semalam.
Tchoyi (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama West Brom ketika menentang Newcastle, semalam.

PETER Odemwingie menjaringkan dua gol pada babak kedua untuk membantu West Bromwich Albion mengatasi Newcastle United 3-1 dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di The Hawthorns.

The Baggies mencatat dua kemenangan berturut-turut apabila dua gol Odemwingie melengkapkan jaringan awal Somen Tchoyi sebelum Peter Lovenkrands menyempurnakan gol tunggal untuk Newcastle pada saat akhir.

Pasukan bimbingan Roberto Di Matteo menduduki tangga kelapan manakala Newcastle terjatuh di tempat ke-11.

Di Matteo lebih bersemangat selepas tiga tonggak utama, Chris Brunt, Paul Scharner dan Odemwingie berjaya diturunkan selepas lulus ujian kecergasan saat akhir.

Namun The Baggies kehilangan khidmat Youssuf Mulumbu.

Skuad pimpinan pengurus Newcastle Chris Hughton tampak pincang selepas dua pemainnya Fabricio Coloccini dan Mike Williamson masih digantung perlawanan.

Steven Taylor dan Sol Campbell diberi kepercayaan untuk memperkuat skuad itu tetapi rentak permainan Campbell kurang menyerlah pada hari dia menjadi pemain keempat yang melakukan penampilan ke-500 dalam EPL selepas David James, Ryan Giggs dan Gray Speed.

BARISAN PEMAIN

WEST BROM: Carson, Jara, Scharner, Tamas, Cech, Tchoyi, Morrison, Dorrans, Thomas, Brunt, Odemwingie (Pemain gantian: Myhill, Pablo, Barnes, Reid, Shorey, Fortune, Cox)

NEWCASTLE: Krul, Simpson, Steven Taylor, Campbell, Jose Enrique, Routledge, Guthrie, Tiote, Gutierrez, Carroll, Ameobi (Pemain gantian: Soderberg, Lovenkrands, Perch, Smith, Best, Kadar, Ranger)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan