Piala Dunia 2022 Mungkin Diadakan Pada Januari

Diterbitkan: Ahad, 5 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGANJUR Piala Dunia 2022, Qatar mungkin dijadualkan berlangsung pada Januari atau Februari untuk mengelakkan cuaca panas melampau di negara itu, menurut ahli jawatankuasa eksekutif FIFA, Fran Beckenbauer.

Beckenbauer yang memenangi Piala Dunia 1974 ketika mewakili kapten Jerman berkata penganjuran kejohanan berprestij itu ketika musim sejuk mungkin terpaksa dilakukan sebagai alternatif lain.

Qatar yang menewaskan musuh terdekat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) dalam bidaan Piala Dunia memberitahu negara itu akan menggunakan bantuan teknologi pengawal iklim untuk memastikan suhu di atas padang berada pada 27 darjah Celsius manakala persekitaran luar mencecah 50 darjah.

"Beberapa jalan penyelesaian lain perlu diambil kira. Pada Januari atau Februari suhu di sana berada pada 25 darjah. Rancangan untuk kejohanan terbesar perlu diubah untuk 2022 tetapi secara tidak secara menyeluruh.

"Alternatif lain adalah menggunakan bantuan kawalan iklim untuk stadium dan zon peminat," kata Beckenbauer.

Qatar yang tidak pernah mara ke final Piala Dunia dipilih oleh FIFA sebagai hos Piala Dunia 2022 pada Khamis lalu sekali gus menjadi negara Timur Tengah pertama menganjur kejohanan bola sepak terbesar itu.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2022 , Qatar , FIFA , Fran Beckenbauer

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan