Liverpool, PSG, Villarreal Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Diterbitkan: Jumaat, 3 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jovanovic menjaringkan gol tunggal untuk Liverpool, melepasi penjaga gol, Ciprian Tatarusanu (kiri).
Jovanovic menjaringkan gol tunggal untuk Liverpool, melepasi penjaga gol, Ciprian Tatarusanu (kiri).

MILAN: Liverpool, Paris St Germain, Besiktas, Dynamo Kiev, Sparta Prague dan Villarreal berjaya mara ke peringkat kalah mati Liga Europa selepas menamatkan perlawanan sengit yang berlangsung awal pagi tadi.

PSG melengkapkan penguasaan ke kelompok 32 pasukan terakhir yang akan berlangsung pada Februari depan selepas menewaskan Sevilla 4-2.

Namun Sevilla terpaksa bersaing dengan Borussia Dortmund untuk mendapat tempat dalam kelayakan kedua apabila mereka bertemu pasukan dari Jerman itu pada perlawanan final peringkat Kumpulan J, 15 Disember ini.

Dortmund hanya ketinggalan satu mata di belakang Sevilla selepas menundukkan Karpaty Lviv 3-0.

Besiktas pula meneruskan kemaraan meskipun mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas CSKA Sofia manakala Rapid Vienna tersingkir apabila tewas 1-3 kepada Porto yang sudah mengesahkan kemaraan lebih awal.

Dynamo Kiew mencatat kemenangan 4-1 ke atas BATE Borisov yang sudah melayakkan diri dalam Kumpulan E.

Milan Jovanovic yang jarang diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan Liverpool di depan menerusi tandukannya pada babak pertama di Steaua Bucharest.

Meskipun, Eder Bonfim berjaya mengikat kedudukan, satu mata sudah memadai buat The Reds untuk meneruskan kemaraan di pentas Eropah.

"Ia sukar untuk menjawab segala pertanyaan untuk pemain yang beraksi dalam keadaan tertekan dan pada masa sama berurusan dengan corak permainan berkualiti.

"Kemaraan ke peringkat kalah mara satu pencapaian yang membanggakan. Liga Europa memberi peluang kepada pemain yang tidak diturunkan dalam EPL mempamerkan persembahan mantap mereka," kata Pengurus Roy Hodgson.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan