Wilkins Akur Dengan Keputusan Kelab

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins (gambar) tampil menyelesaikan pertikaian dengan kelab The Blues itu selepas diberhentikan secara mengejut sebelum kontraknya tidak disambung bulan lepas.

Wilkins yang menjadi salah seorang individu penting di kelab itu telah diberhentikan melalui panggilan telefon daripada Ketua Eksekutif Ron Gourlay menyebabkan beliau merasakan dirinya diperlakukan secara tidak adil.

Sementara itu Wilkins yang turut membantu pengurus kelab itu, Carlo Ancelotti sehingga berjaya menjulang juara liga tahun lalu terus mendapatkan khidmat nasihat Persatuan Pengurus Liga(LMA) di atas layanan tidak adil itu.

Bagaimanapun, kedua belah pihak (Wilkins dan kelab) telah mencapai kata sepakat dan sedar perkara itu berlaku sebelum beberapa bulan sahaja sebelum tamat tempohnya.

Wilkins dalam satu kenyataan LMA berkata, ia merupakan satu perasaan pelik yang hadir apabila meninggalkan kelab dengan cara itu kerana ia merupakan satu perkara besar dalam kariernya sebagai pemain dan jurulatih.

“Perasaan sayang saya kepada kelab, pemain serta pegawai lain memang sukar dijelaskan dan saya mengucapkan semoga kelab ini terus berjaya pada masa depan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada LMA yang membantu menyelesaikan masalah ini yang dalam suasana harmoni,” katanya.

Selain itu, Ketua Eksekutif LMA berkata, semua pihak bersetuju dengan perbincangan yang dilakukan dalam suasana yang profesional.

“Saya pasti pengurus Ray (Wiilkins) akan kembali terlibat dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan kelak,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan