Piala Carling: Birmingham Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 2 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan di St Andrew tegang selepas peminat meluru ke padang ekoran kemenangan Birmingham ke atas Villa.
Keadaan di St Andrew tegang selepas peminat meluru ke padang ekoran kemenangan Birmingham ke atas Villa.

BIRMINGHAM menewaskan Aston Villa 2-1 di St Andrew untuk menempah tiket ke pusingan separuh akhir Piala Carling.

Nikola Zigic menjaringkan gol kedua pada minit ke-84 untuk membantu anak buah Alex McLeish mencatat kemenangan bergaya.

Sebastian Larsson menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan pasukan tuan rumah di depan. Namun, Zigic sepatutnya meletakkan Birmingham dengan 2-0 tetapi Liam Ridgewell didapati berada dalam kedudukan offsaid.

Grabriel Agbonlahor berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-30 dalam keadaan yang penuh kontroversi.

Villa menguasai permainan pada babak pertama dalam perlawanan yang dicemari dengan rusuhan peminat tetapi Friedel berjaya menepis rembatan kencang Cameron Jerome.

Pengurus Birmingham, Alex McLeish berkata, keganasan peminat ekoran kemenangan mereka ke atas Villa pada suku akhir mengembalikan bola sepak Inggeris ke zaman kegelapan tetapi tidak menjejaskan undian Piala Dunia pada Khamis.

Beribu-ribu penyokong yang membanjiri padang St Andrew ekoran kejayaan Birmingham membaling kerusi dan bunga api ke atas padang.

Puluhan anggota polis ditugaskan sempena perlawanan itu tetapi mereka berdepan kesukaran untuk mengawal rusuhan peminat kedua-dua pasukan.

"Saya amat kecewa perkara seperti ini berlaku. Penyokong tidak perlu meluru ke padang pada bila-bila masa. Saya percaya ia tidak akan menjejaskan undian Piala Dunia. Saya yakin keputusan sudah dibuat," kata McLeish.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan