Skuad Seladang Mahu Dapatkan Pemain Bertaraf Bintang

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Beberapa pemain bertaraf "bintang" bakal menyarung jersi Perak jika usaha Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) memujuk mereka berjaya, kata Presiden Pafa Datuk Zainol Padzi Paharuddin.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses rundingan untuk mendapatkan beberapa pemain senior yang belum menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan.

"Masih terlalu awal untuk mengumumkan nama pemain tersebut dan saya tidak mahu mendahuluinya kerana masih dalam proses rundingan... kita masih memikirkan soal bajet kerana kos untuk mengikat pemain pada masa ini agak tinggi berbanding sebelum ini," katanya, Rabu.

Skuad Seladang sebelum ini memeterai khidmat penyerang Kelantan, Akmal Rizal Mohd Rakhli untuk mengikat kontrak selama dua tahun dengan pasukan itu.

"Kami masih punya kekosongan dalam pasukan dan sedang berusaha mendapatkan khidmat seorang atau dua lagi pemain. Apa yang pasti kita akan mendapatkan khidmat seorang lagi bintang," katanya

Pasukan Perak yang menunjukkan rekod buruk musim lalu merombak pengurusan secara besar-besaran termasuk mengambil jurulatih baru bagi memastikan pasukan ini muncul semula sebagai pasukan disegani pada masa akan datang.

Skuad kali ini akan dibimbing bekas jurulatih negara Norizan Bakar.

Zainol Padzi yakin usaha mendapatkan khidmat pemain berkaliber dan berpengalaman bukan sahaja akan mengukuhkan pasukan tetapi akan menjadi tarikan dan menyuntik semangat kepada para penyokong.

"Kami mensasarkan untuk meletakkan pasukan Perak dalam golongan lima pasukan terbaik musim depan" katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan