Piala AFF Suzuki 2010: Rajagopal Janji Persembahan Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia berjanji akan menunjukkan persembahan terbaik walaupun turun sebagai pasukan 'underdog' pada kejohanan Piala AFF 2010 di Jakarta dan Palembang, Indonesia, yang bermula esok.

Jurulatih kebangsaan K. Rajagopal berkata, Malaysia tidak ada sasaran khusus pada kejohanan ini lebih-lebih lagi dengan lapan pemainnya mengalami kecederaan, termasuk kembar Mohammad Aidil Zafuan dan Mohammad Zaquan Adha Abdul Razak.

Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, beliau berkata daripada 22 pemain Malaysia yang dibawa ke kejohanan ini, hanya enam orang terdiri daripada pemain yang berusia lebih 24 tahun, yang lainnya adalah pemain muda.

Pada pertandingan pertama esok malam, Malaysia akan menghadapi pasukan tuan rumah Indonesia di Stadium Utama Glora Bung Karno, di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia.

Difahamkan Malaysia menempah lebih 5,000 tiket untuk para penyokongnya pada perlawanan malam esok di stadium berkapsiti 60,000 penonton itu.

Rajagopal berkata, pasukan Malaysia akan berusaha memberikan permainan yang menghiburkan pada kejohanan di Indonesia itu.

"Kecederaan para pemain itu bukan halangan, kami optimis akan bermain bersungguh-sungguh," katanya.

Rajagopal berkata, tumpuan pasukan Malaysia juga tidak akan terganggu oleh kelebihan Indonesia seperti ketua pasukan Indonesia Bambang Pamungkas, yang pernah bermain untuk pasukan Selangor tidak lama dulu, yang sedikit sebanyak mengetahui corak dan gaya permainan pasukan Malaysia.

Sementara itu penolong jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia Wolfgang Pikal berkata pasukan itu akan menggunakan 4-4-2 dan mengawasi sekurang-kurangnya tiga pemain Malaysia yang menjadi kunci kekuatan Malaysia.

"Pergerakan penyerang nombor sembilan sangat cepat, nombor 20 memiliki tinggi 184cm dan nombor lapan," katanya dan menambah Indonesia akan tampil habis-habisan dengan banyak melakukan serangan di barisan pertahanan Malaysia.

Sementara itu ketika mengulas soal keselamatan pada perlawanan malam esok, pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam Tabussala meminta para penonton untuk tidak memasukkan sentimen negatif di luar lapangan, yang menghangatkan hubungan Indonesia-Malaysia beberapa waktu lalu.

"Kita bermain selama 90 menit, dan selama itu kita menjadi satu keluarga besar. Siapapun yang menang, kita serumpun dan bersaudara," katanya.

Rajagopal yang bersetuju dengan pandangan Andi berkata para pemainnya pada masa ini tidak khuatir dengan bayang-bayang isu anti-persaudaraan itu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan