Grant Mahu Hammers Kekal Prestasi

Diterbitkan: Rabu, 1 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS West Ham, Avram Grant mahu anak buahnya mengekalkan prestasi terbaik mereka selepas mengetepikan Manchester United 4-0 pada saingan suku akhir Piala Carling, awal pagi Rabu.

Jonathan Spector dan Carlton Cole menjadi wira Hammers apabila masing-masing menjaringkan dua gol pada perlawanan itu.

Kemenangan ini sekaligus mencatatkan rekod tersendiri apabila mara ke separuh akhir setelah 20 tahun menunggu dan Grant berharap keputusan ini akan membantu menjadi inspirasi untuk pasukannya bangkit daripada terus menghuni zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya fikirkan kami mampu menang, namun langsung tidak menjangka dengan keputusan besar ini. Kami telah menjaringkan emapt gol, dan boleh lebih dari itu namun saya rasakan empat gol sudah memadai.

“Kami akan meneruskan prestasi ini. Untuk mara ke separuh akhir ia adalah sesuatu yang baik untuk kelab. Kami cuba bangkit kembali dengan langkah demi langkah.

“Kami telah beraksi banyak perlawanan tanpa menang yang menyebabkan pemain-pemain hilang keyakinan. Namun apa yang penting sekarang ialah kekuatan mental dan sekali lagi perlawanan ini adalah sangat menakjubkan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan