Hernandez Jadi Pilihan Melayan Spurs

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG muda Manchester United, Javier Hernandez (gambar) menjadi pilihan bagi mengetuai barisan jentera serangan apabila bakal menerima kunjungan Tottenham Hotspur pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi Ahad ini.

Aksi cemerlang Hernandez minggu lalu masih lagi segar di ingatan apabila membantu United mengutip mata penuh menundukkan Stoke City serta turut menjaringkan gol lewat kemenangan perlawanan Piala Liga menentang Wolverhampton Wanderers.

Hernandez,22, yang semakin menunjukkan bisanya ini bakal menjadi penghalang utama buat penyerang United, Wayne Rooney yang sehingga kini masih belum beraksi, manakala Michael Owen yang diharapkan mampu bangkit musim ini turut tergugat kerana kecederaan.

Dengan itu, Hernandez bakal bergandingan dengan Dimitar Berbatov pada aksi Sabtu ini.

“Kami berusaha melahirkan hero pasukan secepat mungkin, namun dia baru menunjukkan aksinya sekarang.

“Apabila dia datang, kamu akan tahu perubahan akan berlaku dan dia mengambil peluang itu,” kata pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

Sementara itu, sesetengah pemerhati sukan bola sepak turut menggambarkan Hernandez adalah Owen ketika remaja.

Namun Owen yang masih berusaha untuk pulih memberi amaran bahawa masa depan dalam bola sepak ini bukanlah selalu berjalan lancar.

“Dia muda, pantas dan mempunyai penyudah yang baik. Dia kelihatan seperti sudah meningkat dan matang ditambah wajahnya yang sentiasa senyum dan ghirah dalam bola sepak amat jelas sekali.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar. Dia perlu meneruskan kerja keras dan meletakkan pretasi tertinggi dalam pasukan kerana di United perkara itulah yang paling penting,” kata Owen dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan