Real Madrid Sekadar Seri Tanpa Jaringan

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi Ronaldo selepas diasak pemain lawan.
Reaksi Ronaldo selepas diasak pemain lawan.

PENDAHULU La Liga, Real Madrid terikat 0-0 dengan Real Murcia dari pasukan Segunda B pada pusingan pertama kelompok 32 pasukan terakhir Copa del Rey.

Real berjaya mengelak aib seperti tahun lalu selepas tewas kepada pasukan Segunda B, Alcorcon berdasarkan agregat 1-4.

Begitupun Pengurus Jose Mourinho memberi amara kepada anak buahnya agar persembahan hambar pada musim lalu tidak berulang kembali.

"Tiada ulangan semula kekalahan mengejut ke atas Alcorcon. Kami bermain dengan baik dan sentiasa waspada.

"Saya akan menurunkan pemain sama pada saingan timbal balik, Liga Juara-Juara Eropah. Selepas menyaksikan semangat setiap pemain, saya lihat tiada masalah untuk kami mara ke pusingan berikutnya," katanya.

Mourinho melakukan beberapa perubahan dalam skuadnya di Nueva Condomina tetapi masih menurunkan Iker Casillas dan Critiano Ronaldi,

Penyerang Perancis, Karim Benzema menggantikan tempat Gonzalo Higuain. Dia dicabar oleh Mourinho untuk membuktikan keupayaannya tetapi dikeluarkan selepas sejam.

"Sudah jelas terdapat beberapa pemain yang masih belum mempamerkan aksi mantap tetapi semua pemain telah melakukan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, Barcelona mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Ceuta menerusi jaringan Maxwell dan Pedro pada babak pertama.

Pertemuan timbal balik dijadualkan berlangsung pada 8 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan