Najib Penerima Anugerah AFC Diamnond of Asia

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak akan dianugerahkan AFC Diamond of Asia oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bulan depan sebagai penghargaan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam memajukan sukan itu.

Anugerah berprestij ini akan disampaikan kepada beliau pada majlis penyampaian anugerah tahunan AFC di Sunway Resort Hotel and Spa pada 24 November.

Dalam laman sesawangnya, www.the-afc.com, AFC berkata anugerah berkenaan diberi kepada individu yang telah memberi sumbangan besar ke arah memajukan sukan bola sepak di benua Asia.

Pemberian anugerah ini merupakan suatu cara AFC mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang diberi oleh penerimanya.

"Jawatankuasa Eksekutif AFC membuat keputusan memberi penghormatan ini kepada Perdana Menteri bagi menghargai sokongan berterusan beliau kepada AFC melalui kedudukannya, pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian sebagai Perdana Menteri selepas menyandang jawatan tertinggi di Malaysia itu pada 3 April tahun lepas.

"Kami (Jawatankuasa Eksekutif AFC) berpendapat dunia bola sepak Asia banyak mendapat manfaat melalui bantuan dan sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Presiden AFC Mohamed Bin Hammam, yang dipetik oleh laman sesawang itu.

Malaysia menjadi tuan rumah AFC sejak 1965 dan beliau memainkan peranan penting dalam penganugerahan status istimewa kepada AFC di negara ini, kata beliau.

Mohamed berkata sumbangan Najib dalam memajukan sukan itu di benua Asia serta keazaman beliau untuk membawa bola sepak Asia ke persada lebih gemilang sewajarnya diiktiraf oleh semua pemegang kepentingan dalam sukan berkenaan.

Penerima anugerah ini diberi kedudukan terhormat dalam AFC dan tarafnya setakah lebih rendah daripada Jawatankuasa Eksekutif AFC dalam aturan dan hierarki persatuan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan