Hernandez Penyelamat United

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hernandez meraikan jaringannya dengan Wes Brown.
Hernandez meraikan jaringannya dengan Wes Brown.

JAVIER Hernandez sekali lagi muncul wira Manchester United selepas menjaringkan gol pada minit ke-90 sekali gus membantu pasukan itu menewaskan Wolves 3-2 dalam pusingan keempat Piala Liga di Old Trafford, Rabu.

Bebe dan Park Ji-Sung masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua untuk meletakkan United di depan sebelum George Elokobi dan Kevin Foley mengikat kedudukan.

Ketika perlawanan menghampiri wisel penamat, pemain gantian, Hernandez yang menjaringkan dua gol ke atas Stoke minggu lalu, mengulangi kehebatannya menerusi percubaan menakjubkan.

Keputusan itu membolehkan United mara ke pusingan suku akhir pada perlawanan yang hanya dimenangi anak buah Sir Alex Ferguson sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun.

Kepulangan semula Michael Owen daripada kecederaan gagal memberi impak positif manakala penampilan penyerang Portugal, Bebe buat pertama kalinya bersama United membuahkan hasil sejak menyertai kelab itu pada musim panas lalu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan