United Masih Mampu Tarik Pemain Bintang: Gill

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selepas sandiwara sensasinya, Rooney bersetuju menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama United.
Selepas sandiwara sensasinya, Rooney bersetuju menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama United.

KETUA Eksekutif Manchester United, David Gill menegaskan kelab itu masih berupaya membawa masuk pemain terbaik dunia ke Old Trafford.

Kekurangan aktiviti pembelian pemain baru pada pasaran perpindahan menyebabkan penyerang Wayne Rooney menyuarakan hasrat untuk meninggalkan United bagi memenuhi impiannya memenangi lebih banyak trofi.

Walaupun Rooney bersetuju untuk kekal bersama Red Devils, beban hutang yang ditanggung United masih menimbulkan tanda tanya berhubung keupayaannya menyaingi kelab seperti Real Madrid dan Manchester City.

Real mahupun City masing-masing bergiat aktif pada pasaran perpindahan pemain malah menawarkan gaji tinggi kepada pemainnya.

Kini City menjadi kelab yang menawarkan gaji paling tinggi sekali gus menggalakkan pemain bintang untuk menyertai pasukan kendalian Roberto Mancini itu.

"Tidak. Saya tidak bimbang mengenai situasi itu. Sejak kami menjadi syarikat awam kami ada polisi bahawa bayaran gaji sepatutnya 50 peratus atau kurang.

"Saya percaya kami masih boleh menarik ramai pemain bintang ke sini. Kami ada contoh wajar. Setiap kelab punya cara tersendiri," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan