Tujuh Pemain Sepanyol Rebut Anugerah Ballon d'Or - Bola Sepak | mStar

Tujuh Pemain Sepanyol Rebut Anugerah Ballon d'Or

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iniesta (kiri) dan Villa tersenarai untuk merebut anugerah Ballon d'Or kali ini.
Iniesta (kiri) dan Villa tersenarai untuk merebut anugerah Ballon d'Or kali ini.

SKUAD Sepanyol yang muncul juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan,Julai lalu mendominasi senarai pendek 23 calon untuk anugerah Ballon d'Or.

Tujuh pemain Sepanyol termasuk Andres Iniesta yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Belanda pada aksi final dan kapten Arsenal dicalonkan untuk anugerah terulung itu.

Pemain Barcelona, Xavi, David Villa, Carlos Puyol turut berpeluang merebut anugerah itu di samping penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas dan Xabi Alonso.

Namun, tiada tempat buat pemain England ekoran prestasi hambar yang dipamerkan sepanjang kejohanan empat tahun sekali itu.

Tahun lalu, Wayne Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard dan John Terry dicalonkan untuk menerima anugerah itu termasuk Ryan Giggs dari Wales.

Pemain Itali dan Perancis juga tiada dalam senarai pada kali ini.

Wesley Sneijder (Belanda), Lionel Messi (Argentina) dan Mesut Ozil (Jerman) dijangka memberi tentangan sengit untuk merebut anugerah itu.

Calon dari Liga Perdana Inggeris diwakili Fabregas, Didier Drogba dan Asamoah Gyan (Sunderland).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan