Perlawanan Sengit Dan Menarik: Azman

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menganggap pertemuan akhir bertemu Negeri Sembilan Sabtu ini merupakan satu perlawanan ulangan Piala Malaysia yang penuh bermakna bagi pasukan ini.

Pada aksi final tahun ini Kelantan sekali lagi turun bertemu juara bertahan Negeri Sembilan dan pastinya misi membalas dendam terhadap kekalahan 1-3 tahun lalu menjadi agenda utama.

Azman berkata, saingan tahun ini pastinya lebih sengit memandangkan kedua-kedua pasukan turun dengan misi tersendiri.

“Ia adalah perlawanan ulangan tahun lalu dan saya berharap pemain-pemain akan menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi seperti mana yang dilakukan ketika perlawanan suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.

“Walaupun empat orang pemain mengalami kecederaan, saya pasti menjelang perlawanan nanti mereka akan sembuh. Mereka yang tercedera ketika beraksi perlawanan sebelum ini termasuk Azizi Matt Rose, S. Subramaniam, S. Chanthuru dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Azman berkata, perlawanan ini juga agak menarik kerana dianggotai pemain-pemain yang berpengalaman dan berharap juga mampu memperbaiki kesilapan sebelum ini.

“Beberapa pemain adalah berpangkat senior sekaligus ia bakal menunjukkan corak permainan yang lain daripada tahun lalu,” katanya.

Selain itu ketika ditanya mengenai ganjaran yang bakal diberi kepada pemain, Azman berkata ia belum difikirkan lagi.

“Setakat ini kami belum lagi megetahui habuan yang bakal diterima pemain, namun saya rasakan ia tetap ada. Tahun lalu pun kita turut memberikan ganjaran yang besar kepada mereka,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan