Laluan Mudah Bagi Pemain Lelaki, Wanita Sukar

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei mendapat undian mudah yang meletakkan dirinya dalam laluan terus ke separuh akhir acara badminton pada Sukan Asia ke-16 Guangzhou di China bulan depan.

Dalam undian yang dijalankan di Guangzhou, Chong Wei, pemain nombor satu dunia itu dan pilihan utama kejohanan, menerima 'bye' pada pusingan pertama dan dijangka bertemu pemain Hong Kong, Chan Yan Kit, pada pusingan kedua.

Chong Wei diramal menentang pilihan keenam, Boonsak Ponsana dari Thailand pada perlawanan suku akhir.

Sekira melepasi halangan itu, Chong Wei berkemungkinan menentang pilihan ketiga Chen Jin dari China atau Sony Dwi Kuncoro, iaitu pemain pilihan ketujuh dari Indonesia, pada peringkat separuh akhir.

Acara badminton pada Sukan Asia Guangzhou akan bermula dari 12 hingga 27 Nov ini Dalam undian separuh bawah, juara dunia Lin Dan dari China juga menerima laluan selesa ke separuh akhir dan dijangka tidak menghadapi masalah berat sama ada dari pilihan keempat Taufik Hidayat dari Indonesia atau pemain pilihan kelapan, Kenichi Tago dari Jepun.

Sekiranya Chong Wei dan Lin Dan berjaya mengatasi lawan masing-masing, maka kedua-dua pemain itu diramal berentap untuk pingat emas, iaitu pertembungan ulangan Terbuka Jepun bulan lepas di mana pemain Malaysia itu menang 22-20, 16-21, 21-17.

Dalam acara beregu lelaki, juara bertahan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, yang turut mendapat undian mudah, dijangka mudah melangkah ke suku akhir dan berkemungkinan berdepan dengan pilihan kelima Guo Zhendong/Chan Xu dari China di separuh akhir.

Dalam bahagian atas undian, hanya beregu pilihan dalam senarai itu ialah Fang Chieh-Min/Lee Sheng Mu (Taiwan), pilihan keempat dan gandingan baru Korea Selatan, Ko Sunghyun/Yoo Yeon Seong sebagai pilihan keenam.

Dalam undian separuh bawah pula, beregu nombor dua dunia, Markis Kido/Hendra Setiawan dari Indonesia dijangka menentang juara dunia Cai Yun/Fu Haifeng dari China pada perlawanan separuh akhir dan pemenang itu akan berdepan dengan Kien Keat/Boon Heong pada perlawanan akhir.

Dalam acara perseorangan wanita, ratu negara Wong Mew Choo, pilihan kelapan, mungkin tersingkir di peringkat suku akhir berikutan kemungkinan berdepan dengan pilihan keempat, Eriko Hirose dari Jepun.

Jika dapat menewaskan pemain Jepun itu, Mew Choo akan bertemu pemain nombor satu dunia Wang Xin dari China di separuh akhir.

Seorang lagi pemain negara, Lydia Cheah mungkin pulang awal kerana akan berdepan dengan jaguh Sukan Komanwel dan pilihan kedua Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua.

Dua beregu wanita negara, Marylen Poauleng/Woon Khe Wei dan Vivian Hoo/Lim Yin Loo juga menghadapi laluan sukar kerana menentang lawan yang lebih hebat. Pada Sukan Asia 2006 di Doha, skuad badminton negara menyumbang sebutir emas dan tiga pingat perak.

Kien Keat/Boon Heong menang emas manakala pingat perak diperolehi oleh Chong Wei, lelaki berpasukan dan beregu campuran Mohd Fairuzizuan Tazari/Wong Pei Tty. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan