Torres Bangkit Pamer Aksi Menyengat

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Torres selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya.
Aksi Torres selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

PENYERANG Liverpool, Fernando Torres kini bangkit mempamerkan aksi garangnya apabila menjaringkan gol kemenangan The Reds pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Blackburn Rovers di Anfield, awal pagi Isnin.

Gol awal jaringan pemain Liverpool, Sotiris Kyrgiakos tidak berpanjangan apabila pada minit ke-52, Blackburn menyamakan kedudukan setelah Jamie Carragher silap perhitungan menanduk bola ke gol sendiri.

Kemenangan secara rasmi 2-1 berpihak kepada Liverpool apabila Torres menjaringkan gol kedua pada minit ke-53 menjadikan perlawanan semakin sengit.

Kebangkitan Torres ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada The Reds untuk membaiki kedudukan dalam liga sekaligus ia merupakan gol keduanya sepanjang liga ini berlangsung.

Bagaimanapun kemenangan ini masih belum mencukupi untuk berada di zon selamat di mana kini mereka berada di tangga ketiga dari bawah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan