Tiket Perlawanan Akhir Dijual Pada Selasa Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Okt di Stadium Bukit Jalil akan mula dijual kepada orang ramai mulai Selasa di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata tiket-tiket itu akan dijual secara pakej termasuk bendera serta cenderamata "The Red Warrriors" yang lain pada harga minima RM30 akan mula dijual bermula pukul 3 petang di lapan kaunter utama stadium itu.

"Orang ramai boleh mendapatkan tiket-tiket itu mengikut keperluan mereka dan kita jual tanpa had tertentu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bagi persiapan ke perlawanan akhir Piala Malaysia di sini, pada Isnin.

Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata Kelantan diperuntukkan sebanyak 30,000 tiket untuk dijual kepada penyokong bagi membolehkan penyokong The Red Warriors mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelak sebarang masalah.

Beliau berkata penyokong Kelantan juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang sama di Seremban, Negeri Sembilan dan di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan.

"Bagi mengelak berlaku kesesakan di Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan, kita jual lebih awal mulai esok dan sekira tidak habis kita buka lagi keesokannya pula bermula pukul 10 pagi," katanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta kepada semua penyokong pasukan Kelantan bertenang dengan mendapatkan tiket-tiket yang diperlukan mulai esok di sini dan sekiranya tidak mencukupi mereka boleh memperolehinya di Stadium Bukit Jalil.

"Kita sasarkan 50,000 penyokong Kelantan hadir menyaksikan perlawanan itu," katanya. Beliau juga meminta semua penyokong Kelantan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti sebaliknya menyaksikannya dengan penuh semangat kesukanan.

"Saya harap penyokong Kelantan dapat masuk ke dalam stadium lebih awal bagi mengelak kesesakan kerana pemeriksaan ketat akan diadakan di semua pintu masuk di stadium itu," katanya.

Selain itu Annuar berkata Kafa juga turut membuat tempahan khas menaiki keretapi buat penyokong Kelantan untuk ke pergi dan pulang menyaksikan perlawanan itu.

"Selepas beberapa jam pelawanan itu tamat, semua penumpang dikehendaki berada di tempat yang dijanjikan untuk bertolak pulang dengan keretapi yang sama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan