Sathianathan Digantung Enam Bulan

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan menghadapi tekanan besar apabila terpaksa beraksi tanpa bimbingan ketua jurulatih, B. Sathianathan pada saingan akhir Piala Malaysia musim ini.

Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam membuat keputusan untuk menggantung jurulatih pasukan wira merah itu selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 dengan serta-merta.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lepas.

"Ini adalah kes lama dan Lembaga Disiplin FAM telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut setelah bersidang pada Jumaat," katanya, Sabtu.

Sathianathan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan oleh FAM pada 2009.

Beliau mula mengambil alih tugas Peter Butler pada tahun lepas untuk membimbing pasukan Kelantan dan berjaya membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim lepas.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan