Gasperi Juara Climbaton Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUNDASANG: Peserta Sepanyol Tofol Castaner dinobatkan juara jelajah gunung dunia, Sky Runners World Series (SRWS) 2010, selepas pusingan akhir siri dunia itu tamat pada Kejohanan Climbaton Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-24 di sini, Ahad.

Walaupun hanya menduduki tempat ketiga di sini, Castaner, naib juara tahun lepas itu, berjaya mengutip 347 mata untuk merangkul kejuaraan kali ini.

Bagaimanapun, perlumbaan edisi tahunan itu kali ini dimenangi oleh peserta Itali, Marco De Gasperi dengan rekod baru 2 jam 33 minit dan 56 saat dalam kategori terbuka lelaki.

Pencapaian Gasperi itu sekaligus mengatasi rekod kejohanan 2'36.59s yang diciptanya pada 2003.

Castaner pula menamatkan larian sejauh 21 kilometer itu dengan masa 2'58.09s manakala peserta Nepal, Sudip Kulung, yang membuat penampilan sulung kali ini, menduduki empat kedua dengan masa 2'46.14s.

Dalam kedudukan SRWS 2010, peserta Sepanyol Jessed Hernandez menduduki tempat kedua keseluruhan dengan mengumpul 324 mata diikuti rakan senegara Sebastian Sanchez di tempat ketiga dengan 303 mata.

Sementara itu, peserta Malaysia, Safrey Sumping, menamatkan perlumbaan di sini di tempat kelima selepas mencatatkan masa 3'02.47s.

Pada tahun lepas, Safrey mencipta masa 3'00.22s untuk menduduki tempat kesembilan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan