Dua Gol Messi Julang Barca

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Messi menghadiahkan dua gol untuk Barca ketika bertemu Copenhagen.
Messi menghadiahkan dua gol untuk Barca ketika bertemu Copenhagen.

LIONEL Messi menjaringkan dua gol dalam usaha meneruskan penguasaan Barcelona selaku pendahulu Kumpulan D dengan menundukkan Copenhagen 2-0 di Nou Camp pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Percubaan David Villa dan Dani Alves masing-masing tersasar dan kelab Catalan itu mempunyai tiga gol yang dibatalkan kerana ofsaid.

Sepakan kencang penyerang Dame N'Doye terkena palang dan sejak dari itu Copenhagen sukar membolosi tembok pertahanan pasukan tuan rumah.

Barcelona beraksi tanpa kelibat Xavi yang diletakkan di bangku simpanan manakala penjaga gol Victor Valdes diketepikan kerana kurang sihat.

Penjaga gol Barca, Jose Pinto jarang diuji memandangkan pasukan itu menguasai keseluruhan permainan sebaik wisel dibunyikan.

Barcelona kini mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan terdahulu tetapi Copenhagen kini memanfaatkan keputusan 0-0 di antara Panathinaikos dan Rubin Kazan untuk merebut tempat ke peringkat kalah mati.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan