Penyokong Bergaduh: FAS, Kafa Didenda

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyokong Selangor dan Kelantan (kanan) masing-masing mula bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di stadium Shah Alam, Selasa lalu.
Penyokong Selangor dan Kelantan (kanan) masing-masing mula bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di stadium Shah Alam, Selasa lalu.

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) masing-masing didenda sebanyak RM67,500 serta RM57,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selasa.

Kedua persatuan tersebut menanggung akibatnya setelah tercetus insiden pergaduhan kedua-dua penyokong pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia minggu lalu.

FAS dan Kafa masing-masing dikenakan denda sebanyak RM50,000 kerana melanggar peraturan Liga Malaysia yang ditetapkan.

Selain itu denda RM10,000 juga dikenakan kepada FAS kerana tidak menepati ciri-ciri keselamatan di dalam dan luar stadium, manakala kedua persatuan ini juga turut berkongsi denda sebanyak RM15,000 kerana kerosakan.

Pengerusi Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Dr Omar Othman berkata, pihaknya telah meneliti segala laporan daripada pelbagai pihak dan sekaligus membuat keputusan dengan persetujuan semua ahli mesyuarat dengan mengenakan denda kepada kedua-kedua pasukan.

“Kami mengambil serius dengan insiden penyokong-penyokong Selangor dan Kelantan pada 12 Oktober lalu dan ini adalah keputusan yang adil berdasarkan penilaian dan laporan yang kami terima.

“Selain laporan dari pihak polis, pihak stadium serta pegawai pertandingan, kami juga memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar laporan mereka.

“Dengan laporan itu semua, kami dapati kedua-dua penonton memang terlibat dengan pergaduhan dalam dan luar stadium. Mereka juga turut membaling mercun, botol air dan sebagainya,” katanya selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Sesi 2010-2014 Kali Kedua di sini.

Selain itu Omar juga menjelaskan bahawa ciri-ciri keselamatan yanga ada di dalam dan luar stadium tidak mencapai tahap yang diingini, lebih-lebih lagi dari segi pemeriksaan badan penyokong-penyokong yang hadir pada malam itu.

“Pemeriksaan badan dilakukan, namun ia tidak menyeluruh dan menyebabkan terjadinya insiden baling mercun dan sebagainya,” katanya.

Katanya, hukuman yang dikenakan ini sebagai pengajaran kepada pasukan lain agar insiden sama tidak berlaku lagi, lebih-lebih lagi kepada pasukan-pasukan yang akan beraksi pada saingan separuh akhir Piala Malaysia nanti.

“Sekiranya berlaku lagi selepas ini tindakan lebih serius akan diambil seperti kemungkinan akan menggantung perlawanan,” katanya,

Selain itu, Omar berkata insiden yang berlaku di Perlis pada saingan suku akhir kedua menentang Negeri Sembilan Sabtu lalu turut akan diambil tindakan selepas mendapat laporan mengenai perkara itu nanti.

“Kita tidak akan kompromi mengenai kes seperti ini dan akan mengambil tindakan serius,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan