Mourinho Nafi Rooney Akan Tinggalkan MU

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Real Madrid, Jose Mourinho menafikan bahawa penyerang Manchester United, Wayne Rooney akan meninggalkan kelab itu selepas berselisih faham dengan pengurusnya, Sir Alex Ferguson.

Laporan sebelum ini memberitahu pemain kebangsaan England itu menjadi sasaran Mourinho namun bekas jurulatih kelab Chelsea dan Inter Milan itu tampil memberi kenyataan sebaliknya.

“Saya tidak fikir dia akan tinggalkan United, malah bos Ferguson akan memujuk Rooney untuk kekal bersama United,” katanya.

Sebelum itu, Pengarah Urusan, Jorge Valdano berkata, kelabnya itu berkemungkinan akan melakukan perpindahan pemain pada Januari ini.

Selain Rooney kelab itu juga turut mengaitkan seorang lagi pemain dari Athletic Bilbao, Fernando Liorente.

“Kami mempunyai dua penyerang hebat (Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain) dan mereka telah membuktikan mampu menjaringkan 60 gol musim lalu.

“Mesut Ozil dan Angel Di Maria akan tolong mereka dan soalannya di sini siapakah yang kami akan singkirkan sekiranya Rooney datang ke sini?

"Kami mempunyai pemain muda yang bagus seperti Karim Benzema dan paling penting kami akan kekal dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan