Tevez Penyerang Terbaik Dunia - Barry - Bola Sepak | mStar

Tevez Penyerang Terbaik Dunia - Barry

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester City, Gareth Barry yakin pasukannya akan menjulang trofi kejuaraan sekiranya Carlos Tevez mengekalkan rentak permainannya musim ini.

Tevez berjaya menyumbat dua gol pada pertemuan menentang Blackpool awal pagi Isnin menjadikan perebutan kedudukan liga semakin hampir dengan pendahulu, Chelsea.

Pemain antarabangsa Argentina itu kini mengumpul 28 gol sepanjang 31 perlawanan liga.

“Dia adalah penyerang terbaik dunia. Musim lalu dia menjaringkan 20 gol dan saya yakin dia mampu melakukannya musim ini. Jika dia kekalkan corak permainannya, kami akan menamatkan musim ini dalam kedudukan teratas,” kata Barry.

Kini Man City mengumpul 17 mata untuk berada di belakang Chelsea (19 mata).

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan