Kebangkitan Johor FC Perlu Dipandang Serius - Wan Jamak

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu cepat mendabik dada kerana misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini belum selesai.

Katanya pertemuan menentang Johor FC pada saingan separuh akhir pertama Rabu ini bukan boleh dianggap mudah kerana kebangkitan pasukan kelab itu harus diberi perhatian serius.

Katanya kejayaan Negeri Sembilan membenam Perlis dengan agregat 4-1 pada saingan suku akhir semalam seharusnya menyuntik semangat pemain untuk merealisasikan misi yang disasarkan.

"Saya gembira dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain semalam kerana tidak menyangka mampu mencatatkan kemenangan selesa 3-1.

"Bagaimanapun, saya sering mengingatkan pemain agar terus menunjukkan komitmen tinggi pada perlawanan seterusnya," katanya, Ahad.

Wan Jamak berkata kemenangan ke atas Perlis tidak harus mencetuskan rasa terlalu megah kerana perjuangan pasukan untuk mempertahankan kejuaraan piala itu masih belum selesai.

Negeri Sembilan akan menentang Johor FC pada peringkat separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, di sini.

Wan Jamak berkata persiapan menjelang perlawanan Rabu ini bagaimanapun sedikit terjejas berikutan tidak dapat menggunakan khidmat Idris Karim selepas pemain berkenaan mengumpul dua kad kuning.

"Saya sedang meneliti pemain yang berupaya menggalas tanggungjawab di barisan serangan yang ditinggalkan bekas pemain kebangsaan berpengalaman itu," ujarnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan