Hodgson Tetap Pertahankan The Reds

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson (gambar) mengakui keadaan lebih sukar selepas kedudukan pasukan jatuh ditangga kedua terakhir kumpulan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah kalah 0-2 kepada Everton, Ahad.

Bagaimanapun, Hodgson,63, menolak dakwaan mengatakan situasi semakin teruk dan percaya para pemainnya telah menunjukkan banyak perubahan.

Tim Cahill dan Mikel Arteta telah memusnahkan harapan Liverpool untuk mengutip mata apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-34 dan 50 bagi kemenangan The Toffees.

“Kami bukan tidak menerima hakikat dengan keadaan ini atau apa sahaja yang dinilai oleh orang lain, namun kita perlu sedar bahawa amat sukar untuk pasukan meraih enam mata dalam lapan perlawanan.

“Apabila kami kalah, orang ramai akan menunding jari kepada prestasi pemain. Keputusan memang teruk tetapi saya tidak bersetuju jika menuduh ia adalah persembahan buruk pasukan,” katanya.

Katanya Hodgson lagi, dia tidak ragu-ragu mengenai prestasi pemain-pemainnya.

“Saya hanya berharap orang lain boleh menilai seperti mana yang saya lihat mereka. Ia adalah perlawanan yang hebat yang tidak memihak kepada Liverpool,” katanya.

Sementara itu, Hodgson turut mengakui bahawa penyerangnya, Fernando Torres hanya sekali menjaringkan gol musim ini yang kini masih lagi cuba mencari rentak permainan setelah dibelenggu masalah kecederaan.

“Saya tidak nampak mereka tiada keyakinan kerana bagi saya mereka telah bermain dengan baik musim ini.

“Saya fikir kami hanya mengalami masalah sedikit tetapi kamu tidak akan mendapat peluang gol apabila pihak lawan telah mendapat dua gol terlebih dahulu. Torres sememang menghadapi saat sukarnya, dia inginkan gol dan perlu meningkatkan keyakinan dirinya,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan